Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri terus meningkatkan usaha sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi menguruskan aduan dengan lebih cekap dan berkesan melalui inisiatif mengguna pakai Sistem Pengurusan Aduan Awam Bersepadu (SISPAA).
Sistem ini diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan aduan di Jabatan ini selaras dengan perkembangan dunia ICT pada masa kini yang semakin meluas dan keterbukaan pada saluran komunikasi yang lebih mudah dan pantas.
Pihak Jabatan berharap agar orang awam akan menggunakan ruang ini sebagai salah satu platform yang dapat mendekatkan rakyat dan Kerajaan selaras dengan memenuhi matlamat negara.