1. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
2. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Tidak. Anda perlu mengisi butiran peribadi yang dikehendaki.
3. Apakah jenis aduan / maklum balas yang boleh dibuat melalui sistem SISPAA PERHILITAN?
- Aduan Awam
- Aduan Integriti
- Cadangan
- Perhargaan
- Pertanyaan
4. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?
Status aduan boleh diketahui melalui menu Semak Maklum balas menggunakan nombor rujukan / kes yang telah didaftar dalam sistem SISPAA PERHILITAN.
5. Bagaimanakah caranya jika saya ingin mendaftar dalam Sistem SISPAA PERHILITAN?
Anda boleh mendaftar dalam Sistem SISPAA PERHILITAN dengan klik “Daftar Baharu” di menu “Log Masuk Pelanggan”.
6. Berapakah tempoh masa yang diambil PERHILITAN untuk menyelesaikan aduan?
- Tempoh penyelesaian aduan kategori BIASA adalah dalam masa 15 hari bekerja.
- Aduan KOMPLEKS merujuk kepada aduan yang diuruskan melebihi tempoh 16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari termasuk hari kelepasan am dalam tahun kalender berkenaan. Maklum balas awal bagi semua kes-kes aduan KOMPLEKS akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Maklum balas PERTANYAAN, CADANGAN & PENGHARGAAN akan diberikan dalam tempoh 5 hari bekerja.